Wednesday, 4 April 2018

Pelepasan Cukai Pendapatan 2017 bagi e-Filing 2018

00:20 0 Comments


Camne...dah isi ke e-Filing 2018? Saya belum lagi...sebab tak receive lagi EA Form daripada majikan. Tangan dah gatal nak isi...tak sabo nak tau bape banyak dapat claim balik amount cukai terlebih bayar. Leh le buat tampung belanja dapur sikit-sikit. So sebelum tu, apa kata kita kaji sket, pelepasan cukai pendapatan yang dibenarkan untuk tahun 2017. Sumber daripada laman wen LHDN:





Bil.
Jenis Potongan Individu
Amaun (RM)
1
Individu dan saudara tanggungan
9,000
2
Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
5,000 (Terhad)

ATAU
3,000 (Terhad)
3
Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya)
6,000 (Terhad)
4
Individu Kurang Upaya
6,000
5
Yuran Pendidikan (Sendiri) :
(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
7,000 (Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)
6,000 (Terhad)
7
Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)
500 (Terhad)
8
Gaya Hidup :
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet
2,500
(Terhad)
9
Pembelian peralatan penyusuan
1,000 (Terhad)
10
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah
1,000 (Terhad)

11
Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017)
6,000 (Terhad)
12
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
4,000 (Terhad)
13
Suami/Isteri kurang upaya
3,500
14
Anak di bawah umur 18 tahun
2,000
15
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
2,000
16
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.


8,000
17
Anak Kurang upaya
6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
18
Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
6,000 (Terhad)

19
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)
20
Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji
3,000 (Terhad)
21
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
250 (Terhad)
Seperti dalam jadual kat atas ni, ada 22 jenis pelepasan cukai pendapatan 2017 dan daripda 22 senarai ni, ada yang dikekalkan daripada tahun-tahun sebelumnya, dan ada juga yang baru ditambah. Jom kita go through satu per satu senarai pelepasan cukai pendapatan di atas:
Pelepasan cukai #1 – Individu dan saudara tanggungan
Kekal sama seperti tahun-tahun sebelumnya, pelepasan sebanyak RM 9,000 untuk diri-sendiri dan saudara tanggungan diberikan secara automatik apabila kita mengisi e-filing.
Pelepasan cukai #2 – Penjagaan ibu bapa
Pelepasan ini pun dikekalkan sama seperti tahun 2016. Pelepasan sebanyak RM 5,000 ini bagi penjagaan ibu bapa yang memerlukan rawatan perubatan, keperluan khas atau khidmat penjagaan khas. Walaubagaimanapun, beberapa syarat ditetapkan untuk tuntutan pelepasan cukai bagi kategori ini:
  • Keadaan kesihatan ibu bapa disahkan oleh pengamal perubatan berkelayakan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council, MMC)
  • Ibu bapa mestilah bermastautin di Malaysia
  • Rawatan perubatan dan khidmat penjaga yang diambil disediakan di dalam Malaysia
Bagi penjagaan ibu bapa yang sihat, yang tidak memerlukan rawatan perubatan, keperluan khas atau khidmat penjagaan khas, pelepasan yang diberikan adalah sebanyak RM 3,000 bagi kedua-dua ibu bapa atau RM 1,500 bagi ibu atau bapa.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi layak menuntuk pelepasan ini adalah:
  • Anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang sahaja layak membuat tuntutan
  • Tuntutan ke atas ibu bapa tiri adalah tidak dibenarkan
  • Tidak membuat tuntutan bagi ibu bapa yang memerlukan rawatan perubatan, keperluan khas dan khidmat penjagaan
  • Jika lebih daripada seorang anak membuat tuntutan, amaun tuntutan perlu dibahagi sama rata mengikut bilangan individu yang menuntut
  • Ibu dan/atau bapa berusia 60 tahun atau ke atas dalam tahun taksiran, dan bermaustatin di Malaysia
  • Pendapatan ibu atau bapa tidak melebihi RM 24,000 setahun seorang pada tahun taksiran
Pelepasan cukai #3 – Peralatan sokongan khas
Ha...ni pulak pelepasan untuk pembelian peralatan sokongan khas bagi individu kelainan upaya (OKU) sama ada untuk diri-sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak atau ibu bapa, So, boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 6,000. Ini menunjukkan kerajaan tak pernah lupa pada golongan kurang upaya.
Pelepasan cukai #4 – Individu kelainan upaya (OKU)
Sekali lagi berita baik untuk golongan OKU, selain dapat membuat tuntutan pelepasan individu seperti yang dinyatakan di atas, mereka juga boleh menuntut pelepasan OKU sebanyak RM 6,000
Pelepasan cukai #5 – Yuran pengajian sendiri
Bagi individu yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana atau Doktor Falsafah, mereka ni layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM 7,000 bagi bayaran yuran penganjian tahunan. Tetapi ada syarat-syarat yang kena dipatuhi:
  • Pengajian di institusi atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, atau diluluskan oleh Menteri Kewangan
  • Kursus pengajian peringkat tertiari: Bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi
  • Kursus pengajian peringkat lanjutan: Sebarang bidang atau kursus pengajian
  • Tidak mendapat apa-apa tajaan daripada mana-mana pihak atau skim biasiswa
Pelepasan cukai #6 – Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati        Bagi mereka yang menanggung perbelanjaan bagi rawatan perubatan penyakit-penyakit yang sukar diubati, sama ada bagi rawatan untuk diri-sendiri, pasangan (suami/isteri) atau anak-anak, mereka layak membuat tuntutan sehingga RM 6,000
Penyakit-penyakit yang tersenarai adalah sindrom kurang daya tahan (AIDS), Parkinson, barah, penyakit buah pinggan, leukemia, sakit jantung, darah tinggi oulmonari, penyakit hati kronik, fulminant viral hepatitis, trauma kepada dengan defisit neurologikal, ketumbuhan otak dan kecacatan kepada pembuluh darah, melepuh dan melecur yang keterlaluan, pemindahan organ, serta pemotongan kaki dan/atau tangan.
Pelepasan cukai #7 – Pemeriksaan perubatan
Pelepasan ini khas untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh yang dilakukan untuk diri-sendiri, pasangan atau anak-anak, iaitu sebanyak RM 500. Walaubagaimanapun, jumlah tuntutan bagi pelepasan #6 dan #7 terhad sehingga RM 6,000 sahaja.
Pelepasan cukai #8 – Perbelanjaan gaya hidup
Ha...ni adalah kategori baru yang diperkenalkan untuk tahun taksiran 2017, sepertimana yang dibentangkan dalam Bajet 2017 dahulu. Kategori ini kerajaan perkenalkan untuk membantu orang ramai meringankan kos sara hidup masing-masing. Jom kita lihat pelepasan yang dibenarkan untuk kategori ni:
  • Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, pasangan (suami/isteri) atau anak-anak
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) (boleh lihat senarai lengkap aktiviti-aktiviti sukan yang dibenarkan dengan muat turun di sini www.kbs.gov.my/my/akta-pekeliling/akta.html)
  • Bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak
  • Bayaran langganan internet
Jumlah pelepasan yang dibenarkan adalah sehingga RM 2,500 bagi semua perbelanjaan di atas.
Pelepasan cukai #9 – Pembelian peralatan penyusuan
Ni pulak kategori khas untuk kaum ibu. Ini sebagai penhargaan kepada jasa golongan wanita (ibu) dan usaha kerajaan untuk menggalakkan penyusuan badan. Ini juga merupakan kategori baru bagi pelepasan cukai pendapatan 2017. Pelepasan dibenarkan adalah sehingga RM 1,000.
Pelepasan cukai #10 – Yuran Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah
Ini juga adalah kategori baru yang diperkenalkan untuk meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Pusat Asuhan Kanak-kanak atau Pra-sekolah. Pelepasan sehingga RM 1,000 adalah diberikan untuk kategori ini. Haish...banyak plak pelepasan tahun 2017 ni ye...huhu
pelepasan cukai pendapatan 2017 efiling 2018
Pelepasan cukai #11 – Tabungan bersih dalam skim Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Bagi yang membuat tabungan dalam SSPN, sama ada akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus, boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM 6,000.Pelepasan ini dikira berdasarkan jumlah tabungan bersih, iaitu jumlah simpanan sepanjang 2017 tolak jumlah pengeluaran sepanjang 2017 (tabungan bersih = jumlah simpanan – jumlah pengeluaran). Yang dok bayar PTPTN tu takde kaitan dengan ni ye...hehe

Pelepasan cukai #12 – Faedah pembelian rumah
Pelepasan cukai pendapatan bagi faedah pembelian rumah adalah terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar. Pelepasan ini bukan untuk semua pembeli rumah. Syarat kelayakan untuk memohon pelepasan seperti kat bawah ni:


  • pemastautin warganegara Malaysia;
  • pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
  • perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
  • rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:

  • 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
  • jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
    A x B/C
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

Pelepasan cukai #13 – Bayaran kepada pasangan / bayaran alimoni kepada bekas isteri
Jika si isteri tidak mempunyai punca pendapatan/jumlah pendapatan, maka si suami boleh menuntut pelepasan isteri sebanyak RM 4,000
Begitu juga jika si suami tidak mempunyai punca pendapatan/jumlah pendapatan, jadi si isteri juga boleh menuntut pelepasan suami sebanyak RM 4,000
Pelepasan ini juga boleh dituntut oleh suami atau isteri jika memilih taksiran bersama, dengan jumlah pelepasan sebanyak RM 4,000
Jika ada membuat bayaran nafkah/alimoni kepada bekas isteri, juga layak menuntut pelepasan ini sehingga RM 4,000
Walaubagaimanapun, bayaran nafkah/alimoni secara sukarela kepada bekas isteri di bawah perjanjian bersama tanpa sebarang perjanjian rasmi tidak layak dituntut sebagai pelepasan cukai.
Pelepasan cukai #14 – Pasangan orang kelainan upaya (OKU)
Pelepasan tambahan sebanyak RM 3,500 boleh dituntut jika mempunyai pasangan (suami/isteri) OKU.
Pelepasan cukai #15 – Anak di bawah umur 18 tahun
Jika mempunyai anak/anak-anak di bawah umur 18 tahun yang belum berkahwin, layak memohon pelepasan cukai sebanyak RM 2,000 bagi seorang anak.
Pelepasan cukai #16 & #17 – Anak berumur 18 tahun ke atas
Jika mempunyai anak/anak-anak berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah), maka layak menuntut pelepasan cukai sebanyak RM 8,000 seorang.
Jika mempunyai anak/anak-anak berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan memenuhi syarat-syarat yang berikut:
  • mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah)
  • mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia
  • kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan
Pelepasan cukai # 18 – Anak orang kelainan upaya (OKU)
Jika mempunyai/menjaga anak/anak-anak OKU (sebarang umur), maka boleh menuntut pelepasan sebanyak RM 6,000 bagi setiap orang anak OKU. Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 seorang diberikan jika mempunyai/menjaga bagi anak/anak-anak OKU berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
Tips penting untuk pelepasan cukai #15, #16, #17 & #18
Semasa isi e-filing untuk kesemua pelepasan cukai di atas, ambil perhatian akan 3 perkara berikut:
  • Bilangan – Isikan jumlah bilangan anak yang layak dituntut pelepasan sepenuhnya (Kelayakan 100%) atau sebahagiannya (Kelayakan 50%) oleh individu.
  • Kelayakan 100% – Ruang ini untuk diisi oleh individu yang layak menuntut pelepasan anak sepenuhnya.
  • Kelayakan 50% – Ruang ini hanya berkenaan jika dua atau lebih individu (bukan suami isteri yang tinggal bersama) layak menuntut potongan berhubung bayaran yang dibuat ke atas anak yang sama, dan setiap individu tersebut layak menuntut 50% daripada pelepasan yang dibenarkan sebagai potongan. Contohnya apabila berlaku perceraian dan terdapat dua atau lebih individu yang layak menuntut potongan ke atas anak yang sama.
  • Taksiran Berasingan – Individu dan suami / isteri perlu memilih pelepasan ke atas setiap anak yang ingin dituntut masing-masing. Contohnya, Abu dan Siti mempunyai 5 orang anak, maka tuntutan yang boleh dibuat sama ada Abu 5, Siti 0; Abu 4, Siti 1; Abu 3, Siti 2; Abu 2, Siti 3; Abu 1, Siti 4 atau Abu 0, Siti 5. 
Pelepasan cukai #19 – Insurans/takaful nyawa & KWSP
Pelepasan ini khas untuk mereka yang mempunyai Pelan perlindungan insurans/takaful nyawa yang mana melindungi individu, isteri atau suami (tidak termasuk anak-anak), serta mencarum dalam skim KWSP atau kumpulan wang lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (bahagian caruman sendiri), tidak kira melalui potongan gaji atau bayaran sendiri. Mereka ayak menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 6,000. Contohnya, anda mencarum pelan takaful nayawa RM 3,600 setahun dan KWSP RM 6,000 setahun, maka pelepasan yang layak dituntut adalah RM 6,000 sahaja.
Pelepasan cukai #20 – Skim Persaraan Swasta, SPS (Private Retirement Scheme, PRS) atau Anuiti Tertunda (Deferred Annuity)
Pelepasan ini khas untuk mereka yang menyertai atau menambah simpanan ke dalam skim PRS yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti atau mencarum dalam skim anuiti tertangguh.
Jumlah pelepasan yang layak dituntut adalah sehingga RM 3,000 maksimum. Contohnya yang tengah famous sekarang ni simpanan under Public Bank atau Kenanga Investment.
Pelepasan cukai #21 – Insurans/takaful pendidikan dan perubatan
Pelepasan sehingga RM 3,000 diberikan jika ada mencarum atau melanggan skim insurans/takaful pendidikan dan perubatan, sama ada untuk diri-sendiri, pasangan dan juga anak-anak. huhu....untung kepada sesiapa yang melanggan pelan ni...banyak leh dapat pelepasan cukai. Pelepasan diberikan kepada caruman melalui potongan gaji, atau pun bayar sendiri. Insurans/takaful kesihatan termasuklah manfaat yang melindungi risiko akibat penyakit kritikal dan juga kad perubatan (manfaat bayaran caj rawatan dan hospital)
Pelepasan cukai #22 – Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Pelepasan tidak melebihi RM250 dibenarkan bagi sumbangan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dibuat atau ditanggung oleh individu.
Pelepasan cukai pendapatan yang dimansuhkan
So macammana...dah jelas tentang pelepasan-pelepasa cukai sebelum mengisi e-filing nanti?. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sebelum tu, jom kita lihat pula beberapa pelepasan yang telah dimansuhkan oleh kerajaan yang mana pelepasan ini terdapat dalam senarai 2016:
  • Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan – RM 1,000
  • Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun) – RM 3,000
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan – RM 300
Ketiga-tiga pelepasan ini sebenarnya tak dimansuhkan tetapi di gabungkan di bawah satu kategori, iaitu pelepasan cukai #8 perbelanjaan gaya hidup. Ini sebagai usaha kerajaan untuk menambah baik pelepasan cukai bagi menjaga kebajikan rakyat Malaysia.

SEKADAR TERFIKIR MENGAPA HARUS ADA DENGKI...

00:19 0 Comments
 Mengapa Mesti Ada Dengki Antara Kita

Sekadar terfikir. Mengapa harus ada dengki antara kawan-kawan ya…
Dengki ialah satu penyakit hati. Ianya salah satu senjata ataupun alat yang selalu dimainkan syaitan/iblis laknatullah untuk membuatkan manusia lari dari landasan yang sepatutnya.
Dengki tidak salah jika ianya ke arah keabaikan. Umpamanya dengki dengan dengan kejayaan orang lain yang membuatkan kita mengambil langkah yang lebih positif untuk memajukan diri.
Namun dengki dengan orang lain sehingga timbul elemen yang tidak sihat seperti perasaan yang tidak mahu pencapaiannya melebihi pencapaian kita, sehingga berlaku perbuatan mengadu domba, mengumpat, merendah-rendahkan sahabat yang didengki tadi.
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”
(Hadith riwayat Al-Baihaqi)
Saya ada seorang sahabat yang seperti ini. Dia ni jenis yang tidak boleh orang yang dianggap pesaingnya (di kalangan kawan-kawan) mendapat lebih daripadanya. Alhamdulillah, dengan saya dia tidak berpendirian sedemikian. Ini adalah kerana saya selalu merendah diri dan selalu menjadikannya terasa lebih hebat daripada saya.
Bukan apa, malas sebenarnya membangkitkan rasa dengkinya. Ya la, dia pun kawan kita. Tak rugi kalau kita merendah diri pun. Dah kita tau perangai dia macam tu, tau la kita macam mana nak bawa diri di depannya.
Apa yang saya perhatikan, kawan ni (saya panggil A) amat cemburukan kawan saya yang seorang lagi yang juga rakannya (saya panggil B) sewaktu berkerja di syarikat yang sama dahulu. Apa-apa kejayaan yang si B dapat, memang akan menjadi tajuk perbualannya. Kadang-kadang malas juga nak layan. Kalau kejayaan B itu dianggap sebagai cabaran untuknya untuk berusaha lebih keras untuk berjaya juga tak apa. Ini tidak, apa yang diceritakannya tentang perkara-perkara negatif si B yang kononnya membuatkan si B berjaya.
Umpatan-umpatan ini berterusan jika berjumpa dengannya (si A). Sehinggalah si B tadi beroleh kejayaan yang lain pula. Barulah umpatan baru pula akan keluar daripada mulutnya.
Itulah urutan daripada penyakit hati nasad dengki. Dah berhasad dengki, disambung pula dengan mengumpat:
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menerangkan lagi pengertian mengumpat dengan sabdanya:
“Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?” Sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.” Ujar Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam lagi:(Mengumpat ialah)“Engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.” Lalu ditanyakan: “Bagaimana kalau ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?” Jawab Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam: “Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.”
Mmmm.. Macam-macam ya manusia ni. Cuma sebab dia ni kawan kita, so kita kena la juga bagi nasihat dengan segera. Kalau orang kita tidak kenal ok lagi. Boleh fikir dengan cara lain. Namun nasihat kepada sesama saudara seislam itu wajib.
Di dalam sebuah hadith dari Anas bin Malik ra. Dari nabi saw:
“Orang-orang mukmin sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain saling menasihati dengan penuh kasih saying sekalipun jauh rumah dan tubuh mereka, dan mereka yang berbuat jahat sebahagian mereka ke atas senahagian yang lain saling melakukan perbuatan khianat sekalipun dekat rumah dan tubuh mereka”. (Ibn Hibban)
Di dalam sebuah hadith Qudsi:
“Ibadah yang paling Aku sukai yang dilakukan oleh hambaKu ialah menyampaikan nasihat untukKu”. (Ahmad)
Sekarang ni saya tengah fikir cara terbaik untuk cuba menasihat dia. Sebab dia ni (si A) dari segi perkara lain dia ok. Cuma bab dengki tu je dia hebat sikit.. icon wink Mengapa Mesti Ada Dengki Antara Kita
Wallahua’lam. Moga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam menasihati ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

Wednesday, 7 March 2018

Stress bekerja...ketahui hak kita sebagai pekerja

12:22 1 Comments

Haa...berita baik untuk semua yang bergelar pekerja termasuk la saya. hehe...at least nasib pekerja terbela especially yang bekerja di sector swasta. As per mention by Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, kementerian tersebut akan berkeras dengan majikan yang menyebabkan tekanan kepada pekerjanya. Selain daripada itu siasatan akan dijalankan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana majikan tidak menghargai pengorbanan seorang pekerja.Isu yang membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja juga perlu dilaporkan kepada kementerian, especially yang melibatkan penamatan perkhidmatan seorang pekerja.

Actually ramai yang tak aware tentang hak-hak pekerja. Kita sebenarnya ada hak untuk melaporkan ke Pejabat Buruh under Kementerian Sumber Manusia. But make sure, setiap aduan mesti ada bukti yang kukuh. Barulah senang nak fight kat mahkamah buruh nanti. That's why sangat penting untuk kita faham at least basic tentang Akta Pekerja 1955 yang kerajaan gubal khas untuk melindungi hak-hak pekerja. Kat sini saya share sikit point penting tentang Akta Pekerja 1955

1) Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Pekerja 1955.
Semua jenis pekerjaan, full time, part time ataupun pekerja kontrak. Tak kira la gaji kecil atau besar. Semua dilindungi di bawah Akta Pekerja.

2) Hak-hak yang terkandung di bawah Akta pekerja.
Actaully banyak antaranya maksima waktu kerja sehari, jumlah cuti, korang punya gaji, potongan gaji, cuti bersalin, dan banyak kali. Setiap satu ada deterangkan secara detail.

3) Maksud “Waktu Kerja Sehari”.
Biasa ada ditreangkan secara detail dalam offer letter yang kita biasa tandatangan sebelum masuk kerja yang dipersetujui antara korang dengan majikan. So make sure baca betul-betul sebelum tandatangan offer letter or apa-apa document required to sign masa nak accept tawaran kerja.. Seperti semua orang tahu waktu bekerja biasa ialah 8 jam sehari tidak termasuk rehat iaitu 1 jam. Dan rehat itu wajib! diperuntukkan untuk setiap pekerja. Kesimpulanya tempoh maksima dalam seminggu adalah kurang dari 48 jam.

4) Kerja lebih masa.
Certain company memang require pekerja untuk kerja lebih masa. Kerja lebih masa ni maksudnya waktu kerja melebihi dari yang ditetapkan dalam satu hari (OVER TIME). Dibawah Akta ini jugak ada akta lain-lain yakni  kadar bayaran kerja lebih masa dan tempoh had kerja lebih masa dalam sebulan ialah tidak boleh lebih 104 jam dalam sebulan. Cara bayar lebih masa pula adalah 1 1/2 sejam dari gaji korang sehari (1 jam) pada hari biasa, hari rehat dan cuti am.

5) Tempoh waktu gaji.
Biasanya tempoh yang telah ditetapkan oleh Akta Pekerja adalah sebulan untuk tempoh gaji. Kalau dalam kontrak tiada means still akan follow 1 bulan seperti yang telah ditetapkan. Tempoh pembayaran pula tidak boleh lewat selepas 7 hari dari tempoh gaji sebulan. Jika majikan korang nak bayar lewat dari 7 hari tu must come out with approval from Ketua Pengarah Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia.haa...bukan boleh suka suki je ye nak pilih tarikh yang majikan suka.

6) Pekerjaan yang dilarang untuk wanita.
Point ni berkaitan dengan pekerjaan yang sesuai dengan wanita sebab ada certain kerja actually hanya sesuai utnutk pekerja lelaki sahaja. Contohnya kerja berkaitan bawah tanah seperti cari gali, pembinaan atau sebagainya. Pekerja wanita wajib tahu hak mereka berkenaan jenis pekerjaan. Selain itu waktu bekerja dari 10 malam hingga 5 pagi di atas sektor perusahaan dan pertanian. Melainkan mendapat pengecualian daripada Ketua Pengarah Buruh.

7) Majikan langgar kontrak.
Tindakan akan dikenakan keatsa majikan jika tak follow kontrak seperti yang dipersetujui. Contohnya gaji lambat terima means lebih tempoh 7 hari selepas tamat waktu sebulan. Jadi pekerja ada hak untuk membuat tuntutan dan aduan. Ada pemotongan gaji yang tidak sepatutnya, tidak dibayar untuk lebih masa dan sebagainya.

8) Pekerja melanggar kontrak.
Jika pekerja tak follow kontrak pun boleh dekenakan tindakan. Contohnya jika tidak hadir selama dua hari berturut tanpa kenyataan dan kebenaran tanpa majikan perkerja dianggap telah melanggar kontrak. Unless ada concrete reason. The best kalau ada urgent thing dan tak dapat hadir bekerja immediately inform majikan. Jangan meroyan plak kalau tetiba majikan ambil tindakan. Awak yang salah sebab tak inform awal-awal masalah awak sampai tak boleh report to work.

9) Jika majikan melakukan pembuangan kerja. Siapa yang dibuang dulu.
Jika tempoh korang bekerja tu, syarikat ada krisis ke, ekonomi atau pemotongan jumpah pekerja berlaku. Pekerja yang harus dibuang dulu ialah pekerja asing. Selepas itu barulah pekerja tempatan. Memang ada majikan yang berat sebelah antara pekerja tempatan dan asing. By right layanan haruslah sama rata oleh majikan!

So tu la serba sedikit sharing tentang Akta Pekerja 1955. Kita mesti tahu hak kita sebagai pekerja supaya tak terus dibuli oleh majikan.

Thursday, 1 March 2018

Power of words

12:00 0 Comments
      Betul la orang selalu cakap kata-kata adalah doa. sebab tu kita kena sentiasa kena jaga bahasa kita. Especially untuk parent. Jangan sesekali guna perkataan negative terhadap anak-anak.
contohnya kamu ni degil, lembab, nakal, bodoh etc. Actually benda ni akan create negative vibes to the child. Kesian kat anak-anak kita. Peringatan untuk diri saya sendiri jugak. Sebab kadang2 hampir tergelincir jugak sebut perkataan yang tak baik. Semoga Allah senstisa beri petunjuk untuk kita semua berubah.
      Saya teringat tentang kata-kata daripada Dr.Fadzilah Kamsah tentang kajian berkenaan air oleh Prof Masaro Imoto. Basically kajian dibuat ke atas dua sample air yang mana salah satu dah dibaca kan doa. Molekul air yang dibacakan dengan doa, Subhanallah...sangat cantik compare to air biasa. So kat sini kita dah boleh lihat the power of words...


      Seperti yang kita tahu, dalam badan manusia, 75% to 85% adalah air. So bayangkan kalau kita gunakan perkataan yang tak baik terhadap orang lain atau anak-anak kita, secara tak langsung will give dirent impact to molekul-molekul air dalam badan badan seseorang tu. Akibatnya orang or kanak-kanak ni akan jadi sedih, badan lemah, sakit, otak lemah dan sahsiah jadi negative.
      Jadi seharusnya kita cuba gunakan perkataan yang baik-baik, yang positive bila bercakap dengan orang lain terutamanya terhadap kanak-kanak, anak-anak kita. Sebab apa, sebab kata-kata adalah doa. Moga kita semua sentiasa terus positive to attract more positive vibes to our life.

Friday, 25 March 2016

WALLPAPER PILIHAN

06:21 0 Comments

WALLPAPER PILIHAN |

Tak ada apa nak cerita, masa terhad.. so saya share kan apa yang boleh disini.. risau pula blog tidak ber update, nanti kena delete dengan Google pulak kang... Kalau korang nak tahu.. saya sedang mencari-cari wallpaper yang cantik2 untuk diletakkan di skrin pc saya.. kalau ada yang menarik.. sila tinggalkan link kat bawah ni yea..



Thursday, 2 April 2015

BOS LELAKI VS BOS PEREMPUAN

09:54 0 Comments


BOS LELAKI VS BOS PEREMPUAN

Anda punya pengalaman cane. Bos yg mana atu yang ok??? Actually rasanya sama je bos lelaki atau wanita, yang penting macamana seseorang bos tu nak respect pekerja under dia.

BOS PEREMPUAN
Positive value

  1. Memahami jika sesama perempuan, sangat memahami especially bila kita tetiba ada urusan keluarga yang nak disettlekan dalam waktu kerja. Tapi yang ni tengok jugak la. kalau bos yang tak kahwin lagi takde maknanya...nak2 yang andartu...meroyan je kejenye.. 
  2. Lebih senang bergaul dengan orang bawahan dan merupakan pendengar yang baik. 
  3. Boleh bercakap tentang banyak hal dalam satu waktu. Berkebolehan menyampaikan visi, misi, dan keadaan tentang pekerjaan. Kira banyak idea la ni. Tapi tu la, bila dah banyak sangat bercakap, banyak sangat idea, mula la merapu2. Direction entah apa2...fenin...


Negative value

1) Seringkali, melibatkan emosi dalam pekerjaan.

2) Ikut mood. kadang2 terbawak bawak masalah peribadi sampai ketempat kerja.

3) Sangat susah dijangka. hari ni lain...esok dah lain...adoi...tak tetap pendirian...
  
BOS LELAKI
Positive value
1) Profesional dan berfikir secara logik .

2) Tidak menggunakan emosi. But depends jugak. Bos besar saya lelaki...garang macam singa..hehe...jangan marah ye bos...

3) Kemahiran membuat keputusan yang lebih baik berbanding bos perempuan. Mereka lebih berpandangan jauh

4) Bercakap bersarkan fakta dan pengalaman

Negative value

1) Boleh berlaku kes salahlaku...gangguan seksual.. depend la... tak semua macam tu...

2) Kadang2 terlalu tegas. Sampai takleh bagi muka..yg ni memang masalah la...

So kalau anda diberi pilihan, nak bos lelaki ke perempuan...;) . Pe2 pun dah nama pun makan gaji...so kene le sabar...kene marah ke apa ke, diamkan je le. Open heart...anggap je le bos kita tu sebagai cabaran untuk kita improve diri kita. Tapi kalau dah tak tahan sangat.,,,maybe it's time to moving on...Rezeki ada dimana-mana...kbai...





Follow Us @soratemplates